Visi

Misi

 
Inspire Rich
Syarikat Inspire Rich Sdn. Bhd. adalah syarikat yang ditubuhkan pada 4 Mac 2015 dalam memasarkan produk-produk yang berasaskan kesihatan dan kecantikan dan merupakan anak syarikat kepada Dunia Herbs Holding.

Inspire Rich Sdn. Bhd. memulakan perniagaannya dengan memasarkan produk pertama yang dihasilkan iaitu Losyen Panas Wangian jenama Inspire melalui pemasaran atas talian (internet) telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pengguna.

Beroperasi di premis yang terletak di alamat No. 73-0, Blok D, Platinum Walk, No. 2, Jalan Langkawi, 53300, Setapak, Kuala Lumpur merupakan ofis pengurusan dan juga ruang pamer bagi memudahkan pelanggan untuk berurusan.

Dengan sambutan hangat dari pengguna ini telah membuka peluang untuk syarikat mengembangkan lagi perniagaan ke pelbagai saluran pemasaran seperti pasar moden dan rangkaian kedai kesihatan dan kecantikan ataupun farmasi. Ini adalah untuk memudahkan lagi pelanggan mencapai atau mendapatkan produk dengan mudah dan pantas.

Shares